Tuesday, January 3, 2012

Bakso


dari laman: http://www.myresipi.com/top/detail/4980

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....

mieng kham

http://www.tiffinbiru.com/2008/08/sawaadeekappp.html

BAHAN UTAMA :-)
Daun kaduk secukupnya (boleh lihat pokok kaduk dalam gambar dibawah)

BAHAN SOS :-)
200 g gula melaka, dipotong kecil*
200 ml air*(*dimasak hingga gula larut, angkat dan tapis)
2 camca besar sos ikan
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, jangan dikupas
1 cm halia, jangan dikupas
1.5 cm lengkuas, jangan dikupas
50 g kelapa parut

BAHAN ISIANNYA :-)
6 biji bawang merah, didadu
3 biji limau nipis, buang kulit dan biji, potong kecil
8 biji cili padi merah dan hujau, hiris halus
2 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan goreng tanpa minyak hingga garing
3 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, dan hiris halus
100 g kacang tanah, digoreng tanpa minyak hingga garing, dan cincang kasar (mat guna sebiji2)
80 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak hingga perang
10 g halia muda, buang kulit dan potong kecil2
1 kuntum bunga kantan, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun kaduk, dicuci dan lap kering2. Ketepikan. Panggang, bawang merah, halia dan lengkuas hingga harum, kupas kulit, potong kecil dan ketepikan. Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga perang. Kisar bahan2 tadi dalam alat pengisar bersama sedikit air hingga halus. Dalam sirap gula melaka tadi, masukkan sos ikan dan bahan2 kisar dan gaul hingga semua rata dan sebati. Ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun kaduk bersih tadi, letak sedikit, setiap bahan2 isian tadi. Curahkan sos dan lipat daun kaduk seperti orang makan sirih. Makan dan nikmati dengan sabar dan tenang.....