Wednesday, March 21, 2012

Pretzel

copy from: http://boodakpetai.blogspot.com/2010/12/resepi-pretzel.html

Bahan-bahan ( 8biji )

Doh:-
1 ¼ cawan air
1 bj kuning telur
2 sdb gula
1 sdk garam
1/8 sdk lada sulah
3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
1 sdb yis segera
Glaze:-
½ biji putih telur campur ½ sdb air
Topping:- Sedikit bijan (optional)

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmachine, ikut arahan mesin msg2 utk buat doh atau uli jelah dgn tangan!jgn malas!
Bila doh siap diuli, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik sdikit jadi sapu sedikit tepung pd tangan utk membentuk bola).
Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, bawak keluar dr bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (iaitu supaya dia tdk stretch lagi).
Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min.
Bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).siap!

cadangan hidangan:lagi best kalau dimakan bersama cheese dip.