Monday, July 18, 2011

Bagaimana membuat singgang sotong



Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara
1.Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
2.Bahan2 yg digunakan
3.Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
4.Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
5.Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
6.Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
7.Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

Saturday, July 9, 2011

Daging Burger



Bahan-bahan ( 15-20 keping )
2 cawan daging cincang
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1 labu bawang besar-saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 sudu besar worcestershire sauce
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1.Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2.Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
3.Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
4.Lepas tu bolehlah digoreng.
5.Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.

Friday, July 8, 2011

kek Kukus Keju Lapis

bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci

250 g tepung gandum (diayak)
7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
250 g gula halus (dibahagi dua)
2-3 sb susu pekat manis
300 g mentega (pada suhu bilik)
260 g krim keju (pada suhu bilik)
260 ml krim putar / whip cream
sedikit pandan emulco/pes pandan
sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
sedikit esen vanilla
Cara-cara :

Panaskan kukusan.
Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.

Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.

Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.

Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.

Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.

Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.

Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Thursday, July 7, 2011

Rich Chocolate Pudding

resepi ni saya belum cuba, tapi cadangnya serbuk koko tu nak tukar dengan chocolate bar, kebetulan tu yang ada kat rumah ni..

sumber;
http://myresipi.com/top/detail/1071?ref=nf

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4.petua; basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Wednesday, July 6, 2011

Kubis Gulung Inti Ayam

Hasil edit daripada resepi;
http://resipiibundo.blogspot.com/2011/06/kubis-gulung-ayam.html
(edit pasal nak lebih mudah je)

Untuk seorang makan
1 keping dada ayam. Nipiskan dan diketuk leper (saya potong ayam halus2 dan memanjang)
(Perap dengan sedikit lada hitam (lada putih pun boleh), virgin olive oil (minyak masak pun boleh) dan garam)

2 batang kacang panjang, potong agak-agak sepanjang 3 inci.
1/2 batang carrot, potong agak-agak sepanjang 3 inci dan di belah halus memanjang

kelopak kubis (saya guna kobis cina yang panjang tu). Buang batangnya

Letak ayam di atas kubis, susun kacang panjang dan carrot di atasnya. (Kalau ada asparagus, bubuh asparagus). Kemudian gulung ketat. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga ayam masak.

sos:
2 sudu virgin olive oil. Panaskan. Masukkan 1 sudu kecil tepung gandum. Kacau selalu. Bubuh sedikit stok ayam dan daun parsli. Bubuh sedikit saja air sekiranya kuah kering.

Apabila ayam masak, susun dalam pinggan dan tuang kuah di atasnya.

Telur Kukus

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
6 biji telur
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu
2 biji cili merah ~ dipotong dadu
2 biji tomato ~ dipotong dadu
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam
1 sudu gula
5 sudu makan minyak masak
1/2 cawan daging ayam yg dicincang

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai. Sapukan minyak dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit.
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.