Thursday, December 29, 2011

Sambal tempoyak daun kayu

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 ikat pucuk ubi **
  • 8 batang serai - saiz yg gemuk2 tu**
  • 5 helai daun kunyi - seeloknya pucuk muda, sebab lembut**
  • 10 helai daun pucuk kaduk **- kalu daun ni tak ada pun tak apalahhh..cuma tak dapatlah ikut respi yg realnye
  • 15 helai pucuk labu **kalu daun ni tak ada pun tak apalahhh..cuma tak dapatlah ikut respi yg realnye[x]
  • 500gm tempoyak (nak lagi sedap guna tempoyak yg masih baru) - kuantiti tempoyak bleh agak2 byk mana. lagi byk tempoyak, lagi pekat n lazat
  • 200gm cili api kampung nak bagi kaw2 pedasnye. ni baru ikut respi asal. nak kurangkan pun bleh. ikut citarasa
  • 100 gm ikaN BILIS
  • 4 PApan petai - dibuang kulit n dibelah dua
  • 300gm udang - saiz sederhana
  • 1 inci kunyit hidup
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • santan dr 1 1/2 biji kelapa
  • 2-3 biji cili merah - dihiris2 atau dibelah dua je.

Cara-cara

  1. tumbuk cili api brsama kunyit idup dan garam dalam lesung, hingga lumat, ketepikan
  2. hiris serai halus2, kemudian tumbuk dalam lesung separuh hancur je. then hiris semua sayuran bertanda ** halus2 mcm nak buat bunga rampai tu. untuk pucuk ubi pula, bila dah hiris, basuh dan ramas dgn garam kasar, utk hilangkan lendir dan air hijau daun ni. tapi x nak buat pun tak pe.
  3. basuh udang n buang kepala je
  4. panaskan kuali (guna kuali lebih sesuai masak ni). masukkan cili padi dan udang. kacau n kecutkan udang hingga air udang kering. lepas tu masukkan petai. kacau dan biar lebih kurang 1 minit.
  5. masukkan plak santan. masak sehingga santan hampir masak dan mendidih then baru masukkan n sayur - sayuran yang telah dihiris tadi dan juga ikan bilis. masak sayur masak. tapi jangan plak sayur tu sampai lembik.
  6. masukkan plak tempoyak dan cili merah yg telah dihiris. kacau sebati dan masak hingga rasa santan dan tempoyak tu sebati. agak2 dalam 3 - 4 minit. tambahkan gula secukup rasa. time ni test lah rasa masin tu cukup ke tak. kalu tak cukup tambah garam lagi. kacau sebati, dan siap untuk dihidangkan.